Imkeda Cheras
Hi semuaaaa! Harini saya akan berkongsi pengalaman menghadiri kelas belajar memandu kereta auto di Imkeda Cheras. Ada banyak yang step perlu lalui tau jadi harap bersabar dan terus bersemangat eheheh.
Langkah 1: Pendaftaran di Institut Memandu
Macam saya cari agen untuk tolong saya mendaftar di institut memandu. Jadi saya dapat nombor agen memandu di sungai merab tetapi kelas dan ujian semua di Imkeda Cheras. Sungai Merab tu office je. Ini nombor dan bayaran untuk kelas memandu DA (keretaa auto) pada tahun 2023. Agen boleh bantu korang untuk daftarkan dan uruskan urusan korang belajar memandu. Pastikan korang alert sahaja dengan mesej dan makluman dari agen korang okie.
Langkah 2: Kursus/Ceramah Teori Pemanduan Selamat KPP01 (6 Jam)
Saya hadir ceramah memandu pada 20/5/2023 hari Sabtu. Nanti korang ada dapat buku memandu tapi macam saya tak dapat sebab dah guna ebook. Korang boleh muat turun ebook tu kat laman web rasmi jpj tak silap saya. Ceramah memang mengantuk tapi korang cuba la focus sebab ada yang penting and lagi satu dah bayar mahal-mahal jadi jangan bazirkan hehe. Saya berjaya tak terlelap sebab cikgu tu best and banyak tanya so jadi takut nak tidur HAHAHA. Waktu hadir ceramah pun saya dah takut sebab saya ni masa degree baru ada keberanian sikit, lepas SPM tak berani nak belajar memandu. Apa-apa pun penting untuk kita belajar memandu, biar lambat asalkan dapat lesen memandu. Tak payah banding dengan orang lain okie, setiap orang lain milestone dia (sedapkan hati diri sendiri juga hihi).
Langkah 3: Ujian Berkomputer
Haa yang ni memang debar sangat tauu untuk saya. Jadi 3 hari sebelum ujian, memang saya banyak buat latihan di aplikasi muat turun dalam phone je contohnya KPP Test 2023 - Ujian KPP01 dan KPP Test Malaysia 2023. Buat banyak kali sampai dah hafal soalan dia. Sebab banyak ulang2 juga soalannya. Eh tapi ada terdengar berita nanti dah tak ada ujian berkomputer kan? Bestnya korang huwaaa. Tapi tu laa yang pastinya apa-apa tanya je agen memandu korang proses tu okie. Hehe alhamdulillah saya dapat 47/50 untuk ujian komputer pada 14/7/2023 hari Jumaat. Markah lulus paling kurang kena dapat 42/50. Seksyen A 15 markah, Seksyen B 25 markah dan Seksyen C 10 markah. Saya buat ujian komputer di MYEG Bangi. Kalau gagal kena ulang ujian ni cuma saya tak pasti berapa kali limit ulang ke apa. Dan kena bayar kalau nak ulang ujian berkomputer.
- Seksyen A (15 soalan: papan tanda)
- Seksyen B (25 soalan: pemanduan berhemah, pandu dlm pelbagai, komponen wajib selenggara, peralatan keselamatan)
- Seksyen C (10 soalan: lesen memandu, sistem kejara)
- (3 terma penting: hazard, PTP (pelan tindakan pemanduan iaitu posisi, kelajuan, gear, pemecutan), CITO (konsep pemanduan selamat iaitu cermin, isyarat, titik buta (toleh kepala), olah gerak)
Langkah 4: Pengeluaran Lesen Belajar Memandu (LDL)
Yang ni agen memandu yang akan tolong buatkan lesen L bila korang dah lulus ujian berkomputer. Jadi ikut je arahan agen kalau dia minta gambar passport daan sebagainya.
Langkah 5:Latihan Praktikal di Litar Memandu KPP 02 (5 1/2 Jam)
Ni kelas litar akan diajar oleh cikgu di pusat memandu. Cikgu berbeza kalau sayaa tapi rasanya boleh je kot nak request cikgu yang sama kalau cikgu tu free. Antara benda yang kita belajar semasa kelas litar adalah:
- Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) boleh belajar di Tiktok dan Youtube just search je rpk motor car ujian jpj
- Rutin Sebelum Memandu (RSM) boleh juga belajar di Tiktok dan Youtube okiee
- Bukit (3 minit, senang je untuk kereta auto ni jangan risau)
- Ramp (5 minit, untuk kereta auto sahaja, senang juga cuma leveh keluar masuk kereta angkat tiang HAHA)
- Parkir Sisi (5 minit, ni banyak step kena hafal dan susah untuk saya huwaaaaa)
- 3 penjuru (Tak boleh lebih 3 pergerakan sksksk)
- Selekoh S (Yang ni kena kawal brek memang bagi slow kalau tak naik la divider nanti huhu)
- Selekoh Z (Ni lagi la kena kawal brek TAK BOLEH LAJU dan cepat balas pusing stereng tu)
Psst: Nanti saya kongsi nota bahagian litar kat bawah sekali okiee :>
Langkah 6: Latihan Praktikal di Jalan raya KPP 03 (10 Jam)
Nanti korang akan belajar jalan-jalan atau laluan berbeza untuk latihan. Kalau di Imkeda Cheras kereta auto macam saya, kena belajar 3 jalan huhu. Pegawai jpj pilih 1 jalan je daripada ketiga-tiga jalan tu nanti watu ujian jpj tapi korang still kena hafal jalan. 10min je sebenarnya setiap jalan tu tapi ulang banyak kali supaya hafal laluan dan apa yang perlu buat kat setiap jalan. Kalau time jpj salah jalan, gagal jpj tau huhu.
- 3 jam pusing jalan 1
- 3 jam pusing jalan 2
- 4 jam pusing jalan 3
Langkah 7: Penilaian Pra Ujian (QTI)
Pra ujian ni kena lulus tau untuk ke step seterusnya. Pegawai khas di institut memandu yang akan tengok sama ada kita ni layak ke tidak untuk ujian jpj. Kalau tak lulus ujian ni, kena belajar lagi di kelas. Selalunya lepas tunggu sebulan lepas lulus ujian qti ni baru dapat test jpj. Tapi tengok tempat juga ramai ke tak tunggu giliran. Tarikh ujian qti saya pada 14/9/2023 hari Khamis. Ujian qti ni korang memang kena buat semua yang dah belajar di litar (RPK, RSM, Bukit, Ramp, Parkir Sisi, 3 penjuru, Selekoh S dan Selekoh Z) dan jalan raya salah satu daripada 3 jalan yang korang dah belajar.
Langkah 8: Ujian Amali Bahagian 2 dan 3 (JPJ)
Yang ni ujian sebenar yang memang kena lulus ye kalau nak dapat lesen P. Jika lulus dua-dua bahagian ni baru dapat lesen P. Lesen memandu percubaan P selama 2 tahun lepas tu kena renew dan dapat lesen memandu kompeten CDL. Saya pun tengah tunggu ujian jpj 19/12/2023 ni. Doakan saya lulus tau korangg! Nanti dah lulus saya update ehehe.
- Bahagian 1 litar: 8 elemen
- Bahagian 2 jalan raya
Okay itu sahajaa untuk perkongsian pengalaman saya. Jadilah pemandu jalan raya yang berhemah okiee (termasuk diri sendiri). Terima kasih baca sampai habis. Jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan yang baru nak ambil lesen kereta ehehe.
0 Ulasan